Sunday 8 May 2011

Silibus/Mata Pelajaran


Sistem matapelajaran ALG  merupakan ilmu atau matapelajaran yang diajar oleh gelanggang-gelanggang PSSGM Negeri Kelantan. Satu sistem diperkenalkan di dalam pengurusan Mata Pelajaran ALG agar disesuaikan dengan ahli-ahlinya telah digubal.
Sistem matapelajaran diselaraskan dengan sistem bengkung yang disusun oleh pihak Majlis Gurulatih Negeri Kelantan.

Pengenalan ALG


Akademi Latihan Gayong atau lebih dikenali sebagai ALG adalah satu badan atau kelab bergabung dengan PSSGM Bahagian Negeri Kelantan. Penubuhan ALG bukan sekadar melatih anak-anak Gayong dengan ilmu silat tetapi bermotifkan untuk melatih anak-anak Gayong selaras dengan pembangunan atau mengikut arus peredaran masa sekarang. Pejabat dan juga gelanggang ALG beralamat di PT 2501, Depan Cabang Selising, Jalan Kuala Krai, 16450 Kok Lanas Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Akademi Latihan Gayong telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  dan mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. En.M.Z Ahmad Thalmizie B. Mukhtar telah diberi amanah untuk menjadi Pengurus. Pengalaman beliau di dalam persilatan dan bidang pengurusan perniagaan telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli Gayong terutama yang belajar di IPT. Ahli-ahli Gayong yang menjadi ahli dibawah ALG bukan sahaja diberi tunjuk ajar ilmu persilatan malah turut diajar bagaimana untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan dan bekerja sebagai Pengarah Kewangan & Tadbir di Syarikat Atira Group dan mempunyai Keahlian Professional Malaysian Institute Of Account (MIA). Beliau merupakan Gurulatih PSSGM UiTM Cawangan Kelantan, dan juga menubuhkan kembali persatuan ini di ITM pada satu masa dan kekal hingga sekarang.

Penubuhan ALG adalah di atas nasihat dan cadangan Tn.Hj.Mansor atau Tok Ayah dimana beliau sebagai Wakil Mutlak PSSGM Kelantan dan Timbalan Imam Khalifah PSSGM Kelantan yang dilantik dan ditauliahkan oleh Allahyarham Dato’ Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Dengan penubuhan ALG, pihak pengurusan ALG melantik Tok Ayah sebagai Penaung. Beliau merupakan salah seorang pejuang Gayong yang sanggup mengorbankan apa saja dari segi kewangan, moral dan masa demi untuk mengembangkan dan mengurus PSSGM Kelantan selama ini. Pengorbanan Tok Ayah seharusnya dikenang semua oleh anak-anak Gayong terutama di negeri Kelantan yang belajar ilmu daripada beliau. Kecemerlangan Tok Ayah di dalam mentadbir Gayong Negeri Kelantan tiada galang gantinya. Di atas sebab ini ALG meletakkan Tok Ayah sebagai penaung agar Tok Ayah terus dikenali dan dihargai oleh semua peringkat umur dan di mana sahaja.

Penasihat Kehormat ALG pula ialah Tn.Hj. Che Ariffin B. Che Mahmood Pengarah Urusan Atira Group. Beliau dipilih sebagai penasihat kerana selaras dengan Penubuhan ALG yang mula-mula ditubuhkan di Kok Lanas, Ketereh Kota Bharu Kelantan. Beliau merupakan anak jati Kok Lanas yang berjaya di dalam bidang perniagaan. Kejayaan beliau sebagai anak Melayu tempatan yang berjaya telah menjadi pemangkin ALG ditubuhkan. Semangat juang beliau di dalam bidang perniagaan yang telah menempah nama di Negeri Kelantan malah Malaysia amnya telah menjadi roh semangat agar ALG ditubuhkan dan dikembang seperti beliau mengembangkan Atira Group.

"MENGUNGGULI MATLAMAT"